Anda Sedang Mencari Plan Hibah Takaful ??

Jom Saya Bantu Anda ! Dari Serendah RM50*/Sebulan

Wariskan Keluarga Dengan Kesenangan Dan Kepastian

“Kita Semua Mahukan Yang Terbaik Untuk Keluarga Dan Masa Hadapan,Sebagai Seorang Pencari Nafkah,Jangan Risikokan Diri Anda Dan Keluarga Di Masa Hadapan Dengan Sesuatu Yang Tidak Dijangka”

Apa Itu Hibah Takaful ?

Hibah Bermaksud Hadiah Yang Diberikan Kepada Sesiapa Sahaja Yang Kita Kehendaki.

Sementara Itu, HIBAH TAKAFUL Pula Adalah Dimana Seseorang Individu Melanggan POLISI Atau SIJIL TAKAFUL Dan Telah Menamakan Penerima HIBAH Bersamanya. Penama Atau Penerima HIBAH Tersebut Merupakan Penerima MUTLAK Dan SIJIL HIBAH TAKAFUL Tersebut Adalah Terkecuali Daripada Pengurusan Harta Pusaka Dan Pembahagian Faraidh.

Kenapa Anda Perlukan Hibah Takaful ?

“Kita Semua Mahukan Yang Terbaik Untuk Keluarga Dan Masa Hadapan,Sebagai Seorang Pencari Nafkah,Jangan Risikokan Diri Anda Dan Keluarga Di Masa Hadapan Dengan Sesuatu Yang Tidak Dijangka”

Hibah Takaful Sebagai Perlindungan Pendapatan Apabila Musibah Melanda

Hibah Takaful Sebagai Simpanan Dan Pelaburan Jangkamasa Panjang

Hibah Takaful Adalah 100% Milik Penerima

Hibah Boleh Diberi Kepada Bukan Waris

Hibah Takaful Sebagai Dana Pantas Kepada Keluarga Apabila Dilanda Musibah

Hibah Takaful Sebagai Penyambung Legasi Dan Kesinambungan Hidup

Bagaimana Hibah Takaful Berfungsi ?

Dalam Konteks Hibah Takaful,Fungsinya Terbahagi Kepada Beberapa Bahagian Iaitu :

Apabila Berlaku Kematian

Pampasan Yang Telah Di HIBAH Kan Kepada Penama Akan Terus Diberi Kepada Penama Tersebut. Ianya Tidak Melalui Proses Pembahagian Harta Pusaka Dan Faraidh.Ianya Berbeza Dengan Simpanan Atau Harta Yang Lain Seperti EPF,ASB Dan AKAUN BANK Dimana Penama Yang Diletakkan Adalah PENJAGA AMANAH Dan Kesemua Harta Tersebut Merupakan HARTA PUSAKA Dan Hendaklah Dibahagikan Kepada WARIS Yang Berhak.

Semasa Hidup

Polisi Hibah Takaful Yang Diambil Juga Mempunyai Perlindungan Terhadap Lumpuh Kekal Dan Penyakit Kritikal. Di Mana,pemilik Polisi Akan Menerima Sejumlah Pampasan Apabila Disahkan Menghadapi Keadaan Tersebut. Pampasan Ini Juga Boleh Digunakan Sebagai “survival Fund” Atau “perlindungan Pendapatan” Sekiranya Tidak Mampu Bekerja Dan Mencari Pendapatan Lagi.

“Kehidupan Hari Ini Sukar Dijangka”

Bagaimana Persediaan Kita Dalam Menghadapi Saat-Saat Yang Tidak Terduga. Jangan PERJUDIKAN Masa Depan Anda Dan Orang Yang Tersayang.

Jom Lindungi Diri Dan Keluarga Anda Dengan Plan Hibah Takaful Terbaik Kami !

Siapa Yang Memerlukan Hibah Takaful?

Antara golongan yang sangat memerlukan hibah takaful ialah:

Pasangan mempunyai rumah atas satu nama (sole ownership house) @ proxy

Pasangan mempunyai rumah atas dua nama (joint ownership house)

Pasangan mempunyai anak perempuan sahaja

Pasangan mempunyai anak lelaki dan perempuan tetapi ingin membahagikan harta sama rata

Pasangan mempunyai anak OKU (perlu jagaan khas)

Pasangan mempunyai anak angkat / tiri

Lelaki yang berpoligami

Saudara baru (muallaf)

Pemilik perniagaan untuk kesinambungan perniagaan selepas kematian

Orang yang banyak hutang

Berapakah Jumlah Hibah Takaful Yang Diperlukan?

Jumlah yang diperlukan adalah berbeza mengikut keperluan individu atau sesebuah keluarga. Sekiranya anda terdapat sebarang persoalan atau berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai caruman bulanan, anda boleh hubungi saya di 013-9779638 atau klik butang WhatsApp di bawah:

01.

PruBSN WARISAN PLUS

Pelan HIBAH TAKAFUL Lengkap Dan Ekslusif Dari Serendah RM 100 / Sebulan

02.

PruBSN ANUGERAH PLUS

Pelan Hibah Takaful Dari Serendah Rm 50 / Sebulan

Penting Kan Hibah Takaful ?

Sebenarnya Tak Mahal Pun Untuk Sediakan Perlindungan Terbaik Untuk Diri Dan Keluarga Anda! Anda Sendiri Berhak Menilaikan Risiko Dan Persediaan Yang Perlu Anda Hadapi Di Masa Hadapan.

“Tinggalkan Warismu Dengan Kesenangan Adalah Lebih Baik Daripada Meninggalkan Mereka Di Dalam Keadaan Meminta-Minta”

Jangan Bertangguh Lagi !

Hibah Takaful FAQ

Secara amnya, Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik, namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana Takaful beroperasi. Takaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, malah ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin melanggan dan menerima manfaat Takaful.

Takaful menawarkan pelbagai jenis pelan yang merangkumi perlindungan hayat/Takaful keluarga, perubatan, pendidikan, pelaburan, dan banyak lagi. Berdasarkan kontrak Takaful, perjanjian yang dibuat adalah berlandaskan konsep Ta`awun (kerjasama dan tolong-menolong). Ini bermakna peserta atau pemegang pelan Takaful bukan sahaja dapat melindungi diri mereka sendiri apabila ditimpa musibah, tetapi juga memberi bantuan kepada peserta Takaful lain yang berkelayakan, serta penama mereka.

Hibah merupakan perbuatan memberi dan merujuk kepada pemindahan hak milik sesuatu yang khusus daripada seorang penderma (Wahib) kepada seorang penerima (Mawhub lahu) tanpa mengenakan sebarang syarat.

Apabila anda menamakan benefisiari di bawah hibah bersyarat, manfaat kematian takaful anda akan dikecualikan daripada faraid secara automatik (pembahagian aset dan harta pusaka menurut undang-undang perwarisan Islam) selepas anda meninggal dunia. Proses ini boleh menjadi proses yang merumitkan dan memakan masa yang lama untuk dilaksanakan. Dengan menamakan benefisiari, anda boleh memastikan orang tersayang menerima manfaat sijil takaful anda tanpa perlu melalui prosedur pewarisan yang panjang.

Menurut Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebagai peserta takaful, anda boleh menamakan seorang individu untuk menerima manfaat takaful anda sebagai pelaksana atau sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat selepas anda meninggal dunia. Pilihan untuk menamakan benefisiari melalui hibah bersyarat adalah satu peruntukan istimewa untuk memastikan orang tersayang anda menerima manfaat anda tanpa perlu melalui prosedur pewarisan yang berpanjangan atau menunggu untuk harta diagihkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka anda di samping aset-aset anda yang lain.

Tempoh Perlindungan

Setiap pelan takaful mempunyai tempoh perlindungan yang tertentu. Ada yang melindungi peserta takaful selama 5, 10 atau 20 tahun. Dan ada juga yang melindungi sehingga umur 70, 80, 90 atau 100 tahun.

Secara amnya, caruman bulanan adalah berbeza bergantung kepada tempoh perlindungan. Kebiasannya, tempoh perlindungan yang lebih panjang akan memerlukan caruman bulanan yang lebih banyak.

Sijil takaful dianggap matang apabila telah tamat tempoh perlindungan. Setelah tamat tempoh perlindungan, pelanggan tidak lagi dilindungi dengan manfaat takaful.

Pemegang sijil takaful yang telah tamat tempoh perlindungan akan menerima nila tunai (cash value) jika ada. Sila rujuk FAQ Nilai Tunai (Cash Value) untuk maklumat lanjut.

Bergantung kepada pelan takaful yang di ambil, sesetengah pelan takaful seperti PruBSN WarisanPlus membenarkan pemegang sijil takaful untuk melanjutkan tempoh perlindungan.

Sebagai contoh:

Azizul melanggan PruBSN WarisanPlus dan tempoh perlindungan tamat pada usia 55 tahun. Azizul boleh memanjangkan tempoh perlindungan kepada umur 70, 80, 90 atau 100 tahun mengikut kesesuaiannya.

Nilai Tunai (Cash Value)

Suka diingatkan bahawa tujuan utama kita mengambil pelan takaful adalah bagi tujuan pelindungan dan bukan pelaburan.


Sebahagian dari caruman bulanan untuk sijil takaful akan dilaburkan untuk mendapatkan pulangan. Jumlah yang terkumpul inilah yang akan menjadi nilai tunai atau cash value.

Takaful bukanlah seperti bank yang mana sekiranya tiada tuntutan dibuat, kesemua wang caruman akan dipulangkan semula. Sebahagian besar dari caruman bulanan telah didermakan ke dalam Dana Tabarru’ yang mana dana tersebut membantu membayar tuntutan peserta-peserta lain.


Sekiranya tempoh perlindungan tamat, peserta takaful akan menerima nilai tunai bagi sijil takaful tersebut.

Contoh:

Faris menyertai pelan takaful dengan caruman RM100/bulan pada umur 31 tahun. Tempoh perlindungan adalah sehingga umur 50 tahun. Setelah tamat tempoh perlindungan, Faris akan menerima nilai tunai sebanyak RM3,062 (anggaran).

Pelanggan mempunyai pilihan untuk menambah Takaful Saver. Sumbangan tambahan ini akan dilaburkan ke dalam dana pilihan pelanggan.

Sebagai contoh:
Faris menambah caruman RM100/bulan untuk Takaful Saver. Caruman bulanan Faris menjadi RM200/bulan. Selepas tamat tempoh perlindungan (20 tahun), Nilai Tunai untuk sijil takaful Faris ialah RM34,525 (anggaran).